Tuesday, February 10, 2015

Replete Alor Setar

Assalamualaikum uollllssss.  Apa khabar? Okay, macam biasa, kali ni aku yang kaki makan ni akan bawak korang ke salah sebuah cafe di Alor Setar, iaitu Replete.  Actually dah beberapa kali jugak aku pergi Replete ni, tapi baru ada kesempatan nak tulis ni haaa.  Tapi kali ni takde gambar sangat okayyyy sebab aku pergi bawak duit dengan phone sahaja.  Camera malas nak bawak sebab berat.  Tolong sponsor satu kamera yang ringan please........ k.



Bila korang masuk je Replete ni, korang pasti terpegun dengan ke'simple'an dan keindahan tempat ni.  Bagi aku yang tak suka serabut-serabut sangat, aku nampak tempat ni sebagai satu tempat untuk lepak yang best.  Deco yang tak heavy, tapi tetap nampak menarik.



At first, Replete ni amal konsep layan diri sendiri.  Korang boleh terus order kat kaunter apa yang korang nak.  Pada mulanya, memang rasa macam eh susahlah, malaslah, tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya takdelah susah mana, sesuai lah dengan gaya cafe ni yang tak mengenakan apa-apa charge untuk servis. Hehehehe.



Untuk pertama kali datang, aku order Meatball.  Masa tu teringin nak makan Meatball dan berharap ianya mampu mengenyangkan aku.  Sebenarnya aku nak order chicken chop sekali, tapi Najah tak bagi.  Mana kenyang makan Meatball 8 biji.  Mau menangis lapar tengah malam weh.  Bagi aku Meatball dia sedap, cuma daging dia terlalu halus, takde ketul-ketul daging.  Bagi aku, Meatball yang sedap, dia ada sikit-sikit ketulan daging, baru lah nikmat. Ah, cita rasa orang lain-lain. So korang boleh try, rasa dia memang sedap. Terbaik dari Replete!



Lepas dah habis makan meatball, perut masih lagi meminta-minta untuk diisi.  Aku pun nak cubalah menu lain pulak.  Aku pilih sosej.  Aku tanya lah budak yang ambil order tu, apa yang dia bagi dalam set sosej, dia cakap sosej, wedges and salad.  So, oklah aku rasa boleh makan semua tu sampai habis.  Bila sampai je apa yang aku order, rupanya sosej tu sekali dengan roti.  Mana nak habis kalau cenggitu.  Aku makan separuh dan selebihnya aku pass kat Najah.  Hampir 3jam jugak kami duk situ, sebab tunggu Najah habiskan makanan. hahaha.



Masa pertama kali aku pergi ni, takdelah ramai orang sangat, so bolehlah lepak lama-lama.  Kalau tidak, mau dah kena halau.  Kali kedua aku makan di cafe ni, punyalah ramai orang. Sampai takde tempat duduk.  So tak boleh lah aku nikmati makanan aku.  Oh kali ni, aku order Replete punya chicken chop pulak, biasa-biasa je chicken chop dia.  Ada tempat lagi best lah, kalau korang nak makan chicken chop. Nak tahu kat mana? Tunggu aku update nanti.


Replete Cafe Alor Setar


Kesimpulannya , harga di Replete ni berpatutan dan sesuai dengan portion.  Makanan boleh tahan sedap dan layanan tip-top.  Saya bagi 4 Bintang! Replete ni sederet dengan Maybank di hadapan Tesco Mergong.  Cafe ni dibuka dari 5 petang kalau tak silap aku. Selamat mencuba korang!


Wednesday, January 21, 2015

Karat Cafe Ipoh

Hai korang.  Baru rajin nak menulis ni haa. Nak tanya ni, orang-orang Ipoh dah pernah pergi makan tak kat Karat Cafe ni? Nak bagitahu, aku dah pergi dah dan memang puas hati. Karat cafe ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Thumb's cafe.  Bersaing lah dua cafe ni nampaknya.


Karat cafe ni baru juga buka sebenarnya.  Tempat dia ala-ala rumah kampung gitu.  Decoration biasa-biasa tapi tetap nampak menarik.  Aku pergi waktu tu dah memang ramai orang. Nasib baik aku berdua je dengan wan, dapatlah juga tempat.  Masa tengah tunggu makanan pun ramai jugak orang datang tapi tak banyak tempat duduk yang kosong.


Aku sebelum ni tak pernah cuba pun lasagna.  Asyik tengok Najah je makan pasta.  Tetibe teringin.  So aku pun pesan lah lasagna.  Memang berharap benda tu sedap sebab aku ni memilih sikit bab-bab makan ni haa. Makanan sampai lambat tapi kami fahamlah sebab ramai orang.  Nasib baik air dia hantar awal, so sambil-sambil sembang tu bolehlah hirup-hirup sikit-sikit.



Makanan pun sampai dan tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ni dia makanan kami.


Ipoh , Cafe Halal Di Ipoh, Cafe Ipoh , Karat Cafe , Karat Cafe Ipoh , Tempat Makan Best Kat Ipoh


Ipoh , Cafe Halal Di Ipoh, Cafe Ipoh , Karat Cafe , Karat Cafe Ipoh , Tempat Makan Best Kat Ipoh



Memang sedap.  Cheese banyak.  Daging banyak.  Licin aku makan.  Desert tak ada lagi buat masa sekarang katanya.  Nanti tak lama lagi ada lah tu.  So kalau korang ada kat Ipoh, boleh cuba makan malam kat sini.  Ada nasi + lauk juga, dia buat siap satu set.  Lain kali aku datang sini lagi. Pasti! Aku harap kualiti dan kuantiti makanan dikekalkan walaupun dah banyak cawangan dia bukak nanti.



Ipoh , Cafe Halal Di Ipoh, Cafe Ipoh , Karat Cafe , Karat Cafe Ipoh , Tempat Makan Best Kat Ipoh


Belanja satu gambar aku. ihiks. Sebenarnya lupa nak ambil gambar Karat Cafe ni dari luar. Maklumlah dah kenyang makan, hati pun senang, lupalah segala-galanya.


Ipoh , Cafe Halal Di Ipoh, Cafe Ipoh , Karat Cafe , Karat Cafe Ipoh , Tempat Makan Best Kat Ipoh


p/s : aku lupa nak mintak card dia. So aku tak dapat nak provide open hours dan alamat Karat Cafe.  Hehehe



Monday, January 19, 2015

Cafe Di Alor Setar

Hai korang. Harini rajin pulak aku nak tulis-tulis ni. Selalu berat tangan nak menaip. Sebab ramai jugak yang cari deco cafe kat Alor Setar, so biar aku senaraikan kat sini semua cafe yang aku dah pergi sepanjang 4bulan aku menetap di sana.



Kacha cafe Alor Setar (Western / Pasta / Nasi Arab)

Kacha cafe Alor Setar



Le Medina Patisserie Alor Setar ( Western / Pasta / Dessert / Lain-lain)

Le Medina Patisserie Alor Setar


Le Medina Patisserie Alor Setar


Le Medina Patisserie Alor Setar


Replete Alor Setar ( Western )


Replete Alor Setar


Bite Alor Setar ( Western )


Bite Alor Setar



Deco Cafe Alor Setar ( Western / Pasta )

Deco Cafe Alor Setar

Deco Cafe Alor Setar



Habit Art Cafe Alor Setar (Coffee / Cookies / Cake )

Habit Art Cafe Alor Setar


P/S : Sorry gambar kurang cantik. Kadang-kadang tak bawa kamera. Guna phone je :)

Wednesday, December 31, 2014

Deco Cafe Alor Setar

Assalamualaikum Uollssssss.  Selamat tahun baru.  Sesaje bukak blog awal tahun ni sebab terasa nak menulis.  Marilah kita buka cerita tentang Deco Cafe Alor Setar ni.  Cafe ni baru je buka bulan 12 haritu.  Sebab haritu terasa nak bersantai-santai kat luar, nak makan sedap-sedap (selama ni masak je, goreng-goreng je masuk i), so aku dengan najah ambil keputusan nak makan kat Deco Cafe ni.



Sangat cantik dan santai, yeah, dan kami tunggu lebih kurang 15 minit untuk dilayan.  First impresssion penting tau.  Dah tunggu 15 minit tu, memang rasa macam nak marah je.  Bayangkan, orang yang datang lambat dari kami pun dah dilayan.  Masa tu, memang tengah lapar, lagi lah geram.  Panggil sorang waiter ni, lepas tu dia kata tunggu kejap.  Okay, maybe dia nak pergi ambil order or hantar order orang lain dulu. Berapa saat je kot.  Dah berapa minit, dia tak datang-datang lagi.  Dia boleh pergi layan orang lain dulu. 



Disebabkan memang malas nak pergi tempat lain dah, kami tunggu je lah. Agak lama duduk kat situ.  Aku panggil lah waiter tu suruh jugak ambil order.  Aku order baked chicken apa entah (Marah sampai tak ingat nama. Hehehehe) dengan Hot Vanilla Latte.  Najah pula order Fettucini Carbonara.  Najah punya makanan sampai awal.  Aku punya makanan sampai, lepas najah dah makan sampai licin pun Fettucini Carbonara dia. Satu lagi kejadian yang lawak, aku bawak kamera tapi tak bawak bateri dan ini lah hasil ambil gambar guna Samsung Galaxy Young aku.


deco cafe alor setar
Sobs sobs. Ini baked chicken atau fried chicken? Secotek je (+- RM 17.90)


deco cafe alor setar
Fettucini Carbonara (Najah cakap sedap) (+- RM 13.90)

deco cafe alor setar
Hot Vanilla Latte


Keseluruhannya, bagi aku, cafe ni mungkin mengalami masalah kurang pekerja, yelah, baru bukak kan. Tu yang semua pun jadi kelam kabut, waiter pun lambat layan kami.  Jadi disebabkan kali pertama datang Deco Cafe ni, so kami maafkan.


Makanan pula, bagi aku biasa-biasa je.  Decoration untuk makanan memang lawa, tapi portion dan rasa tak sesuai dengan harga.  Aku mintak baked chicken not fried chicken.  Walaupun dapat diskaun 10% still rasa macam tak berapa okay sebab kena bayar servis charge jugak walaupun servis tak berapa best. 


Aku suka Deco Cafe ni sebab banyak pilihan makanan dan minuman.  Kalau boleh nak order semua, tapi kekurangan bajet. Kena jugak saving sebab nanti nak jalan-jalan. Hehehe


Lepas ni, memang aku akan pergi lagi sebelum balik ke Ipoh (kalau sempat). Harap semua baik-baik aje. Nah aku belanja satu gambar lagi.  Tunggu review aku untuk Replete pulak.


deco cafe alor setar
Hot Mocha di Replete


So korang yang kat Alor Setar tu, boleh singgah Deco Cafe ni dan try sendiri.  Citarasa orang lain-lain dan mungkin waktu aku pergi tu, ramai sangat orang sampai tak terlayan.  Peace no war!


Korang boleh cari Deco Cafe ni depan Tesco Mergong, sederet dengan Maybank, Coffee Lab, Secret Receipe.  Deco Cafe di hujung deret kedai. Aku tak ingat Working Hours dia, sebab kad dah hilang. Hahahaha. Apa pun, selamat mencuba.