Tuesday, February 10, 2015

Replete Alor Setar

Assalamualaikum uollllssss.  Apa khabar? Okay, macam biasa, kali ni aku yang kaki makan ni akan bawak korang ke salah sebuah cafe di Alor Setar, iaitu Replete.  Actually dah beberapa kali jugak aku pergi Replete ni, tapi baru ada kesempatan nak tulis ni haaa.  Tapi kali ni takde gambar sangat okayyyy sebab aku pergi bawak duit dengan phone sahaja.  Camera malas nak bawak sebab berat.  Tolong sponsor satu kamera yang ringan please........ k.



Bila korang masuk je Replete ni, korang pasti terpegun dengan ke'simple'an dan keindahan tempat ni.  Bagi aku yang tak suka serabut-serabut sangat, aku nampak tempat ni sebagai satu tempat untuk lepak yang best.  Deco yang tak heavy, tapi tetap nampak menarik.



At first, Replete ni amal konsep layan diri sendiri.  Korang boleh terus order kat kaunter apa yang korang nak.  Pada mulanya, memang rasa macam eh susahlah, malaslah, tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya takdelah susah mana, sesuai lah dengan gaya cafe ni yang tak mengenakan apa-apa charge untuk servis. Hehehehe.



Untuk pertama kali datang, aku order Meatball.  Masa tu teringin nak makan Meatball dan berharap ianya mampu mengenyangkan aku.  Sebenarnya aku nak order chicken chop sekali, tapi Najah tak bagi.  Mana kenyang makan Meatball 8 biji.  Mau menangis lapar tengah malam weh.  Bagi aku Meatball dia sedap, cuma daging dia terlalu halus, takde ketul-ketul daging.  Bagi aku, Meatball yang sedap, dia ada sikit-sikit ketulan daging, baru lah nikmat. Ah, cita rasa orang lain-lain. So korang boleh try, rasa dia memang sedap. Terbaik dari Replete!



Lepas dah habis makan meatball, perut masih lagi meminta-minta untuk diisi.  Aku pun nak cubalah menu lain pulak.  Aku pilih sosej.  Aku tanya lah budak yang ambil order tu, apa yang dia bagi dalam set sosej, dia cakap sosej, wedges and salad.  So, oklah aku rasa boleh makan semua tu sampai habis.  Bila sampai je apa yang aku order, rupanya sosej tu sekali dengan roti.  Mana nak habis kalau cenggitu.  Aku makan separuh dan selebihnya aku pass kat Najah.  Hampir 3jam jugak kami duk situ, sebab tunggu Najah habiskan makanan. hahaha.



Masa pertama kali aku pergi ni, takdelah ramai orang sangat, so bolehlah lepak lama-lama.  Kalau tidak, mau dah kena halau.  Kali kedua aku makan di cafe ni, punyalah ramai orang. Sampai takde tempat duduk.  So tak boleh lah aku nikmati makanan aku.  Oh kali ni, aku order Replete punya chicken chop pulak, biasa-biasa je chicken chop dia.  Ada tempat lagi best lah, kalau korang nak makan chicken chop. Nak tahu kat mana? Tunggu aku update nanti.


Replete Cafe Alor Setar


Kesimpulannya , harga di Replete ni berpatutan dan sesuai dengan portion.  Makanan boleh tahan sedap dan layanan tip-top.  Saya bagi 4 Bintang! Replete ni sederet dengan Maybank di hadapan Tesco Mergong.  Cafe ni dibuka dari 5 petang kalau tak silap aku. Selamat mencuba korang!


No comments: