Karat cafe ni baru juga buka sebenarnya. Tempat dia ala-ala rumah kampung gitu. Decoration biasa-biasa tapi tetap nampak menarik. Aku pergi waktu tu dah memang ramai orang. Nasib baik aku berdua je dengan wan, dapatlah juga tempat. Masa tengah tunggu makanan pun ramai jugak orang datang tapi tak banyak tempat duduk yang kosong.
Aku sebelum ni tak pernah cuba pun lasagna. Asyik tengok Najah je makan pasta. Tetibe teringin. So aku pun pesan lah lasagna. Memang berharap benda tu sedap sebab aku ni memilih sikit bab-bab makan ni haa. Makanan sampai lambat tapi kami fahamlah sebab ramai orang. Nasib baik air dia hantar awal, so sambil-sambil sembang tu bolehlah hirup-hirup sikit-sikit.
Makanan pun sampai dan tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ni dia makanan kami.
Memang sedap. Cheese banyak. Daging banyak. Licin aku makan. Desert tak ada lagi buat masa sekarang katanya. Nanti tak lama lagi ada lah tu. So kalau korang ada kat Ipoh, boleh cuba makan malam kat sini. Ada nasi + lauk juga, dia buat siap satu set. Lain kali aku datang sini lagi. Pasti! Aku harap kualiti dan kuantiti makanan dikekalkan walaupun dah banyak cawangan dia bukak nanti.
Belanja satu gambar aku. ihiks. Sebenarnya lupa nak ambil gambar Karat Cafe ni dari luar. Maklumlah dah kenyang makan, hati pun senang, lupalah segala-galanya.
p/s : aku lupa nak mintak card dia. So aku tak dapat nak provide open hours dan alamat Karat Cafe. Hehehe
4 comments:
wah,bestnye..
penuh satu mangkuk tu...hihi
salam perkenalan.
jemput singgah blog sy =)
sedap lah.. macam lasagna dalam pizza hut..
Ulat dalam Maggie
@saljiah zafirah : best. puas makan tau. salam kenal :)
@winnie cubalah. sedap. tak rugi.
Post a Comment