Wednesday, November 12, 2014

Le' Medina Patisserie, Alor Setar

Alhamdulillah, dah masuk bulan kedua aku di bumi Alor Setar. Banyak dugaan yang terpaksa aku lalui walau ia amat pahit. Ini first time lah aku berpijak di bumi alor setar, dan tak pernah tahu pun apa yang ada di alor setar. Sebelum aku menjadi penduduk sementara di sini, aku memang ada search pasal tempat-tempat menarik di Alor Setar dan yang paling utama aku cari adalah tempat makan yang best di Alor Setar.


Disebabkan aku ni acah-acah orang taste tinggi sikit, so aku pun cari cafe-cafe yang ada di Alor Setar. Tak banyak sangat tapi Alhamdulillah, ada beberapa cafe yang aku tengok cantik dan sesuai untuk jadikan tempat santai dan lepak minum kopi. Memang aku sangat teruja nak pergi Alor Setar sebab aku ni suka berjalan. Ada duit minyak je pun dah cukup untuk aku pergi berjalan-jalan dan melepak.


Dah dua bulan di sini, memang boleh dikatakan semua cafe aku dah pergi. Dari yang kat Mergong, lepas tu ke Jalan Pegawai dan Jalan Stadium, semua aku dah pergi lebih dari sekali. Le' Medina Patisserie adalah salah satu cafe yang aku suka pergi.  Cafe ni terletak sederet dengan Public Bank di Jalan Stadium, Alor Setar. Korang kena tengok betul-betul sebab kedai ni macam tersorok sikit, sebab kecik je.


Namanya sahaja dah buat hati aku berbunga-bunga, apatah lagi makanan yang dihidangkan. Pertama kali aku datang sini, aku dapat rasakan kemewahan tempatnya. Cantik dan cool. Di sini bermacam jenis cake dijual. Hiasannya pun cantik-catik. Rasa nak menangis sebab teruja sangat.


cafe halal di alor setar
People Who Love To Eat Are Always The Best :)



Aku memesan Nasi Goreng Medina berserta dengan Iced Lemon Tea dan Puding Roti Caremal dan Ais Krim. Masa pesan tu perut tengah lapar sesangat dan memang main order je apa yang nampak sedap.


Makanan sampai je kat meja, aku terkejut, pinggan yang dihidangkan tu penuh dengan lauk, udang dua tiga ekor, ayam penyet berempah, cendawan goreng tepung, telur goreng dan keropok. Nasi goreng medina ni ala-ala ayam penyet, tapi ayam penyet guna nasi putih, yang Nasi Goreng Medina ni pula guna nasi goreng.


Tapi yang ni, memang sesuai dengan harga lah. Nasi goreng Medina ni harganya RM12.90. Nasi goreng dia, memang sedap. Tak rugi aku order. Aku recommend Nasi Goreng ni pada sesiapa yang ada angan-angan nak pergi makan dekat sini.



cafe halal di alor setar
(Nasi Goreng Medina) Recommended



Puas aku makan nasi goreng ni. Dengan lauknya banyak. Yang tukang habiskan, mestilah Najah. Banyak sangat, jadi aku tak larat nak habiskan. Hehehe. Lepas tu mulalah menyesal sebab pergi order Bread Puding Caramel With Ice Cream. Dah lah agak besar pudingnya. Itu pun duk paksa-paksa makan. Duduk kat situ hampir 2 jam sebab nak jugak habiskan makanan-makanan yang dah dipesan. Tapi akhirnya tak habis jugak. Dessert kat sini memang awesome. Harga dessert yang aku makan ni, RM9++ kalau tak silap. Tapi berbaloi sebab sedap. Total pebelanjaan aku untuk makan malam lebih kurang RM29.70.


cafe halal di alor setar



So pada sesiapa yang datang Alor Setar tu, boleh lah singgah makan kat Le' Medina Patisserie. Makanan sedap. Harga pun berpatutan. Tempat selesa dan cantik. Tak rugi pun!


**Sila pesan dessert selepas makan sebab takut nanti tak larat nak habiskan.
**Waktu operasi (isnin, selasa,rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad) 11a.m hingga pukul berapa aku tak sure. tapi sampai malam
** Rate harga (RM10.00 - RM30.00)


2 comments:

Anonymous said...

macaroon ada jual x?? Bpe harga per pcs ea??

Unknown said...

@miss mawar. soryy kite baru perasan. ada macaroon dato' fazley. haritu ada jugak tanya, tapi denganr2 mcm rm4.50.